Rabu, 30 September 2015

Homestay Di Melaka - Majlis Konvokesyen Utem

Universiti Teknikal Malaysia Melaka akan mengadakan Majlis Konvokesyen  pada:

Tarikh: 3 & 4 Oktober 2015 (Sabtu dan Ahad)
 Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Besar Utem
Sehubungan dengan itu, Pihak ZurahRoses Homestay Melaka ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada semua pelajar diatas kejayaan yang telah dicapai. 
Sekiranya graduan tidak mempunyai tempat penginapan, Anda boleh menghubungi ZurahRoses Homestay Malim Melaka yang tidak jauh dari Dewan Besar Utem dalam 25minit perjalanan. 10 minit ke Bandar Melaka, 10 minit ke Pantai Klebang. ZurahRoses Homestay menyediakan penginapan yang sangat selesa dan eklusif dengan harga yang berpatutan.
 

 
 


Kadar Harga
RM180- Hari Biasa (Isnin Hingga Jumaat)
RM200- Hari Cuti Sekolah, Perayaan, Sabtu Dan Ahad
 
Muslim Only
 
Maklumat Lanjut Sila Hubungi:
Call/Wassup-0136343079

Khamis, 3 September 2015

Bas Elektrik Dan Lapangan Terbang Kini Di Melaka



"Melaka sebagai destinasi pelancongan yang terunggul di rantau Asia dengan bertemakan “Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia ” dan “ Melaka Bandaraya Warisan Dunia Unesco“Kerajaan Negeri Melaka telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk menarik semakin ramai pelancong dari luar dan dalam negara untuk melawat negeri mempunyai banyak destinasi yang dianggap terindah di dunia kini. 
Selain itu penerbangan terus merancakkan lagi pelancongan di Melaka. Dengan adanya penerbangan Pulau Pinang ke Melaka pelancong dari Pulau Mutiara dapat menjimatkan masa dan wang kerana jika memandu dari Pulau Pinang Ke Melaka mungkin mengambil masa 6 jam perjalanan. Dengan penerbangan terus yang hanya mengambil masa tidak sampai 2 jam.Oleh itu,dengan adanya laluan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam kerajaan negeri pasti ia akan membantu menarik lebih ramai pelancong negeri Hang Tuah ini. Selain daripada penerbangan Pulau Pinang, penerbangan terus dari Melaka ke Pekan Baru di Indonesia dan Kota Bharu Kelantan turut disediakan bagi memudahkan orang ramai.
Bagi menambah tarikan pelancong di Melaka Kerajaan negeri juga telah mengambil insiatif baru seperti penggunaan Bas Elektrik. Dua bas elektrik ini telah beroperasi dan mengalakan pelancong mengunakan kerana bas ini bergerak di kawasan tapak warisan dunia.

ZurahRoses Homestay Melaka
Sila Hubungi 0136343079

RM180- Hari Biasa (Isnin-Jumaat)
RM200- Hari Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah Dan Perayaan

Keselesaan Anda Keutamaan Kami.

Hari Raya Aidil Adha Di ZurahRoses Homestay Melaka


Terdapat banyak hadis yang menganjurkan ibadat korban antaranya di mana Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah yakni menyembelih korban. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi.[1] Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Saidatina ‘Aisyah r.a.. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini adalah hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 7949.) 


Manakala di antara hikmat dari pensyariatan ibadah korban itu pula ialah: 
Pertama : Untuk mengekalkan ingatan kita kepada kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam yang sanggup menyembelih puteranya Nabi Ismail Alaihissalam sebagai korban, akan tetapi Allah menggantikannya dengan seekor kibasy. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah daripada Zaid bin Arqam, dia berkata : Para sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya, wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab dengan sabdanya maksudnya :“Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim. Mereka bertanya lagi : Apa yang akan kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya. Mereka bertanya lagi : Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya”.

Kedua : Melatih dan membentuk kaum Muslimin supaya sanggup berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.

Ketiga : Memupuk sikap pemeduliaan dan prihatin terhadap masyarakat iaitu dengan mengagihkan sebahagian daging korban itu sebagai makanan atau meluaskan rezeki orang-orang fakir miskin sempena Hari Raya Aidiladha.


Selamat Hari Raya Aidil Adha Daripada Kami ZurahRoses Homestay Melaka
Untuk Tempahan Sila Hubungi 0136343079
Isnin-Jumaat (Hari Biasa)-RM180
Sabtu, Ahad, Perayaan, Cuti Sekolah- RM200
Keselesaan Anda Keutamaan Kami.